Rabu, 23 November 2011

stpm

SELAMAT MENJAWAB STPM 2011 WAHAI ANAK2 DIDIKKU..SEMOGA DIPERMUDAHKAN DAN DIBERI ILHAM SEMASA MENJAWAB. AMIN.

21/11/11- Bermula peperiksaan stpm.macam biasa paper pembuka tirai semestinya pengajian am. Insiden kelakar berlaku. Pagi tu cikgu dgn ketua pengawas kena pegi bilik kebal ambil soalan. Malangnya, soalan ambik, kertas jawapan tak ambik. Takkan nak jawab pada baju kot.. Telefon la penyelia kawasan. Bergegaslah cikgu ni dtg. Macam kilat. Maklumlah paper sepatutnya mula 8 pagi. Dek kecuaian paper terpaksa mula lewat.8:30 baru mula. Cikgu yg hantar kertas ni pulak tesalah jln. Pegi sekolah lain. Betul la malang tak berbau. Kalu bau xde la pulak peribahasa ni kan. Perut pulak keroncong. Tak dpt nak sarapan. Kat sini xde gerai ke, restoran ke, hatta kedai mamak pun xde. Ishk2 sadis tul..tu lah ceritanya hari pertama dan kali pertama mengawas stpm.

23/11/11 - hari ni paper pp1 & bm2. Mudah2 Allah permudahkanlah semua calon dan anak2 didik di skrmm khususnya. Semalam takde paper tapi kena pegi sekolah serah rm 100 duit gomen bagi pada semua. Form 6? Sorry xde dalam list.kesian3x. Alhamdulillah muka calon ok berbanding hari pertama. Kelat semacam je. Spot soalan tak menjadi kot. Huhu. Ok selamat menjawab semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

stpm

SELAMAT MENJAWAB STPM 2011 WAHAI ANAK2 DIDIKKU..SEMOGA DIPERMUDAHKAN DAN DIBERI ILHAM SEMASA MENJAWAB. AMIN.

21/11/11- Bermula peperiksaan stpm.macam biasa paper pembuka tirai semestinya pengajian am. Insiden kelakar berlaku. Pagi tu cikgu dgn ketua pengawas kena pegi bilik kebal ambil soalan. Malangnya, soalan ambik, kertas jawapan tak ambik. Takkan nak jawab pada baju kot.. Telefon la penyelia kawasan. Bergegaslah cikgu ni dtg. Macam kilat. Maklumlah paper sepatutnya mula 8 pagi. Dek kecuaian paper terpaksa mula lewat.8:30 baru mula. Cikgu yg hantar kertas ni pulak tesalah jln. Pegi sekolah lain. Betul la malang tak berbau. Kalu bau xde la pulak peribahasa ni kan. Perut pulak keroncong. Tak dpt nak sarapan. Kat sini xde gerai ke, restoran ke, hatta kedai mamak pun xde. Ishk2 sadis tul..tu lah ceritanya hari pertama dan kali pertama mengawas stpm.

23/11/11 - hari ni paper pp1 & bm2. Mudah2 Allah permudahkanlah semua calon dan anak2 didik di skrmm khususnya. Semalam takde paper tapi kena pegi sekolah serah rm 100 duit gomen bagi pada semua. Form 6? Sorry xde dalam list.kesian3x. Alhamdulillah muka calon ok berbanding hari pertama. Kelat semacam je. Spot soalan tak menjadi kot. Huhu. Ok selamat menjawab semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 1 November 2011

Contoh Karangan : Cetak Rompak

Hasil penulisan : Sanjeetha Nair (6BK1) SMK Raja Muda Musa dan diedit oleh Cikgu Norsuhaida
Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Soalan : Kegiatan cetak rompak merupakan suatu kegiatan yang sukar dibanteras walaupun usaha-uasaha membanteras telah dijalankan oleh pihak berkuasa. Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan tersebut dan kesan negatif yang timbul daripadanya.

Cetak rompak merupakan suatu kegiatan yang sukar dibenteras walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa. Kegiatan cetak rompak merupakan kegiatan menciplak, menjaul dan mengedar karya atau barangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Perkara yang dilakukan oleh pihak tersebut sememangnya melanggari undang-undang hak cipta. Kegiatan cetak rompak mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan negara. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebanyak 1942 kes cetak rompak telah dilaporkan pada tahun 2008. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta masyarakat perlu bekerjasama bagi menangani permasalahan ini.

Kegiatan cetak rompak semakin berleluasa adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah faktor penguatkuasaan undang-undang yang longgar. Hal ini demikian kerana peraturan dan undang-undang yang tidak efektif

PERNIAGAAN PINJAMAN WANG SECARA HARAM

Perniagaan pinjaman wang sudah lama bertapak di Malaysia. Kini, fenomena tersebut berkembang pesat sehingga transisi pinjamannya menjangkau ratusan juta ringgit. dengan mengenakan kadar bunga yang tinggi along mengaut keuntungan berlipat ganda dan mampu meneruskan operasi haramnya meskipun negara dan dunia mengalami kemelesetan ekonomi.

Antara golongan yang tidak serik untuk mendapatkan khidmat along termasuklah mereka yang sering terjebak dengan kegiatan judi. Golongan ini sering menjadikan along sebagai sasaran apabila mereka kalah di meja judi. Wang yang dipinjam digunakan untuk berjudi. Selain itu, "ibu ayam" atau "bapa ayam" yang menjalankan aktiviti persundalan turut membantu pekerja seks mereka untuk meminjam duit daripada along untuk berjudi atau membeli-belah. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Berita Harian (19 Ogos 2011) pada bulan April dan Mei lalu iaitu sepanjang kejohanan liga bola sepak Inggeris berlangsung, jumlah wang yang dipinjam daripada along adalah antara RM5 juta hingga RM6 juta berbanding hanya RM2 juta pada bulan Jun. Hal ini menunjukkan trend, nilai pinjaman wang daripada along. Sebanyak 370 aduan mengenai masalah pinjaman along sepanjang tahun ini dengan nilai pinjaman mencecah RM25 juta membabitkan 2,694 along telah dilaporkan. Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah peminjam daripada kaum Cina, Melayu (19 peratus) dan India (11 peratus).

Golongan lain yang sering meminjam wang daripada along ialah peniaga kecil-kecilan seperti penjaja makanan, pemilik restoran, peniaga bergerak dan pekedai runcit. Perniagaan sebegini memerlukan pusingan wang tunai untuik terus beroperasi. Oleh sebab kesukaran untuk mendapatkan modal pusingan daripada bank, maka institusi kewangan haram seperti along menjadi sasaran mereka untuk mendapatkan pinjaman.

Golongan usahawan juga tidak terkecuali, terutamanya kontraktor kecil-kecilan. Lazimnya mereka meminjam daripada along untuk membeli bahan pembinaan dan membayar gaji pekerja jika lewat menerima bayaran daripada kontraktor utama. Di samping itu, mereka yang "makan gaji" juga sering menjadi sasaran along. Hal ini berlaku kerana mereka ini mempunyai gaji tetap walaupun bergaji kecil. Golongan elit seperti pensyarah, doktor, peguam dan pegawai kerajaan juga sering terjebak dengan kegiatan along.

Masyarakat sewajarnya dididk supaya mereka tidak terjebak dalam perangkap along. Kegiatan along perlu diperangi secara habis-habisan. Langkah proaktif lain untuk membendung kegiatan along ialah mewujudkan tabung pinjaman dan pusat aduan masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara itu, prosedur pinaman wang oleh pihak bank perlu dilonggarkan dengan mengurangkan karenah birokrasi. Syarat pinjaman oleh pihak bank sewajarnya dinilai semula supaya tidak terlalu ketat sehingga menyukarkan golongan peminjam untuk meminjam wang.



Khamis, 20 Oktober 2011

Tips Perbankan Internet

  1. Mendaftar untuk menggunakan kaedah pengesahan yang lebih baik- contoh penggunaan TAC (Transaction Authorisation Code) oleh Maybank.
  2. Lindungi komputer peribadi anda dengan penceroboh virus dan program perosak - Karpesky, Avira yang boleh menyerang komputer seperti "Trojan Horse"
  3. Berhati-hati apabila memuat turun perisian
  4. Sentiasa ingat untuk log keluar
  5. Jangan biar tetingkap pelayar yang lain terbuka semasa membuat transaksi perbankan.
  6. Jangan guna komputer yang dikongsi atau milik awam
  7. Elakkan daripada melakukan transaksi perbankan internet melalui rangkaian bebas wayar awam percuma.
  8. Kerahsiaan maklumat peribadi perlu dititikberatkan.

Jenayah warga Afrika

Peribahasa  sesuai :Cegah sebelum parah







Artikel dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian Online oleh Bersama Rejal Arbee
2011/10/20


ISU rakyat asing, khususnya dari Afrika yang berterusan membanjiri negara ini dengan alasan untuk belajar, tetapi sebenarnya mempunyai agenda tersendiri seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian di Malaysia pada 19 Oktober 2011. Mereka ini dikatakan telah menjalani latihan di tempat khas umpama sekolah secara haram di negara mereka sebelum datang ke negara kita kerana mahu melakukan pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat sudah seringkali disiarkan di media massa.

Antara jenayah yang sering mereka terbabit, termasuk pelbagai macam penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, merekrut gadis menjadi keldai dadah menyeludup dadah ke luar negara dan jenayah perdagangan manusia. Malangnya, pihak berwajib nampak seolah-olah tidak bermaya untuk menangani atau menghapuskan masalah yang semakin meruncing ini. Dalam keghairahan begitu banyaknya kolej swasta diwujudkan sudah timbul persaingan tidak sihat untuk mendapatkan pelajar hinggakan ada kolej tidak kisah sama ada yang memohon pelajar yang benar-benar mempunyai kelulusan sah diperlukan.
Benarkah pihak berkuasa kita tidak prihatin bagaimana anak gadis kita begitu mudah dipengaruhi warga Afrika dan Iran untuk menjadi keldai dadah sehinggakan beratus-ratus gadis kita yang mudah terpedaya kini merengkuk dalam penjara di serata dunia? Pihak berwajib di imigresen pernah awal tahun ini menyatakan 20 kolej swasta disenarai hitamkan kerana menyalahgunakan visa pelajar. Apa gunanya disenaraihitamkan jika tidak ada tindakan menghalang kolej itu daripada menerima pelajar asing atau pun kolej itu terus ditutupkan saja. Tentunya sekarang polis sudah pun mempunyai senarai kolej mana yang mempunyai pelajar terbanyak terjebak dalam perlakuan jenayah warga Afrika yang sudah ditahan dan senarai negara asal mereka itu.

Sudah tiba masa diwujudkan satu peruntukan supaya mana-mana kolej tidak lagi dibenarkan mengambil pelajar dari luar mengikuti sebarang kursus ditawarkan. Inilah saja jalan harus diambil, jika tidak mahu terus menutup saja kolej terbabit. Tindakan drastik begini saja yang nampaknya boleh mengatasi masalah itu. Tentunya ramai rakyat negara ini mahu tahu sejak bertahun ini sudah berapa kolej swasta pernah dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan surat sokongan mereka kepada rakyat asing? Jika masih tidak ada, Kementerian Pengajian Tinggi perlu memberikan penjelasan.

Kini timbul pula pendedahan bahawa sudah ada pula kemudahan visa pelajar mudah diperoleh hanya dengan membayar antara RM500 dan RM1,000 kepada orang tengah tanpa perlu berurusan dengan Jabatan Imigresen lagi. Persoalannya bagaimana pula hal ini boleh berlaku? Jalan mudah yang boleh diambil kerajaan mengatasi perlakuan ini ialah dengan tidak lagi membenarkan kemasukan rakyat Nigeria atau Kenya atau mana-mana pun negara di mana warganya banyak melakukan jenayah di sini. Kita sememangnya tidak perlukan rakyat negara terbabit ke mari membawa pelbagai masalah kepada rakyat.

Seharusnya sudah ada peraturan kita hanya boleh terima warga negara itu dengan syarat ketat, misalnya jika diperakukan kerajaan mereka sendiri. Tidak harus wujud lagi kenyataan janggal baik daripada menteri atau mana-mana juga ketua jabatan kononnya kita akan ambil tindakan. Rakyat tidak lagi mahu dengar kenyataan seperti itu. Rakyat mahukan tindakan menyekat kemasukan anasir penjenayah sedemikian. Negara akan lebih aman kiranya peraturan ini diwujudkan.

Pihak polis pada 19 Oktober  ada mengeluarkan kenyataan satu sindiket penipuan warga Afrika menggunakan laman sosial seperti Facebook dan e-mel menipu wanita profesional berjaya ditumpaskan. Ini hanya satu daripada sindiket sedemikian. Jika sudah ditumpaskan apa jadi dengan anasir yang dicekup menjalankan kegiatan itu. Ini tidak pula diterangkan. Orang ramai ingin tahu apa tindakan yang sudah dilakukan? Berapa ramai rakyat Afrika yang ditahan dan dikemukakan ke muka pengadilan dan disabitkan dan berapa ramai pula yang sudah dinyahkan dari negara ini dengan disenaraihitamkan supaya tidak lagi dapat masuk ke mari?

Berapa ramai antara kita yang sering saja menerima e-mel tipu menceritakan bagaimana dia seorang janda mewarisi berjuta-juta dolar, tetapi perlu mendapatkan khidmat orang lain untuk mengeluarkan wang itu dengan janji memberikan sehingga 40 peratus daripada jumlahnya tetapi sebelum itu orang yang disasar itu perlu memasukkan sejumlah wang dalam akaunnya kononnya untuk memudahkan urusan.

Saya hairan bagaimana orang boleh percaya dengan penipuan begini? Kini dikatakan ada sehingga 110,000 pelajar asing berada dalam negara ini. Daripada jumlah itu seramai 30,000 kononnya mengikuti kursus latihan kemahiran teknikal selama enam bulan. Apakah selepas tamat tempoh enam bulan itu kesemuanya kembali ke negara masing-masing atau masih terus berada di sini?

Sewajarnya Kementerian Pengajian Tinggi boleh bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk menghapuskan gejala buruk ini hingga ke akar umbi supaya tidak berlaku lagi dalam negara ini.

Berita Harian Online | Wujud kuota lepasan matrikulasi ke IPTA


Gambar hiasan sahaja
Rencana Khas oleh Minda Pengarang: 2011/10/20

Tangani segera masalah lulusan matrikulasi elak lebih ramai tercicir ke IPTA

BERITA eksklusif muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan mengenai kehampaan pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), walaupun mencapai kelayakan yang diperlukan. Menurut laporan itu, 28 peratus daripada pelajar lepasan matrikulasi yang mencapai kelayakan minimum tidak mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA. Ini bermakna hampir 12,000 pelajar yang kebanyakannya daripada aliran sains dan sebelum ini mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada dalam keadaan terumbang-ambing menantikan nasib selanjutnya. Sekilas pandang, masalah ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang tidak harus berlaku. Persoalan yang timbul, apakah pihak bertanggungjawab terhadap pengambilan pelajar matrikulasi dan pengambilan pelajar ke IPTA tidak terlebih dulu menyelaraskan pengambilan pelajar agar tidak timbul soal limpahan pelajar ini. Timbul persoalan kenapa selepas setahun setengah mengikuti pengajian pada peringkat matrikulasi, baru pelajar ini mendapati mereka tidak mempunyai tempat di IPTA? Kita yakin kedua-dua kementerian terbabit dalam isu ini, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah duduk semeja dan membincangkan soal penyelarasan pengambilan masing-masing. Namun pihak terbabit tidak pernah menjanjikan setiap pelajar yang lulus akan mendapat tempat untuk mengikuti kursus pilihan mereka di IPTA.

Seperti dijelaskan Kementerian Pengajian Tinggi, antara punca pelajar ini tercicir ialah mereka tersalah pilih atau memilih kursus kritikal. Apabila memilih kursus kritikal ini, lepasan matrikulasi ini terpaksa pula bersaing dengan pelajar lepasan program asasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma untuk mendapat tempat di IPTA. Sudah tentu persaingan bagi kursus seperti ini sengit dan mereka yang gagal dipilih harus menerima hakikat tempat ditawarkan terhad. Kegagalan untuk mendapat tempat tidak bermakna program matrikulasi dikendalikan Kementerian Pelajaran gagal sepenuhnya. Kita juga tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi demi masa depan pelajar terbabit khususnya Melayu, kedua-dua kementerian wajar menangani masalah ini dengan segera bagi mengelak lebih ramai pelajar Melayu tercicir peluang meneruskan pengajian ke IPTA. Meskipun demikian, mengikut perangkaan bagi setiap seorang lepasan matrikulasi yang gagal mendapat tempat, hampir tiga yang lain berjaya. Antara yang gagal mendapat tempat pula ada juga menolak tawaran ke IPTA berikutan tidak bersetuju dengan kursus ditawarkan. Hal ini bermakna jumlah yang layak dan benar-benar tidak mendapat tempat sebenarnya tidaklah sebesar digambarkan. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelajar terbabit masih boleh membuat rayuan, selain menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Rabu, 19 Oktober 2011

Filem seram dan faktanya

Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di akhbar Berita Harian tentang -“cerita hantu yang ditayangkan di TV dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik” telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Sementara itu, dalam kenyataan lain oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, turut menganggap ada antara filem hantu tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Malah Islam sendiri tidak menerima apa-apa perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk juga sesuatu pekara yang divisualkan dalam filem.

Misalnya, filem ‘Hantu Bonceng’yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana ada dialog pelakonnya iaitu Zizan jelas sekali menghina  Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam kedaaan dirasuk. Paparan begini sikit sebanyak boleh memberi kesan buruk kepada penonton kanak-kanak.
Dek kritikan demi kritikan yang terpaksa diterima oleh para pembikin filem dan drama seram ni, Persatuan Produser Filem Malaysia (PFM) dan beberapa produser serta pengarah lain, telah mengadakan diskusi untuk memberi pandangan serta ulasan lanjut bagi mengelakkan kerencatan pengkarya filem negara.

Ironinya, filem seram merupakan salah satu genre popular dalam kalangan masyarakat bukan saja di Malaysia, malahan juga diseluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Thailand and Indonesia. Hakikatnya, sambutan yang menggalakkan ini telah menjadi salah satu sebab utama filem-filem dari Jepun, Korea, Thailand mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Filem-filem popular ”box office” di Malaysia, termasuk ‘Hantu Bonceng’, ‘Khurafat’, ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ‘Ngangkung’. Genre ini telah memulakan momentum filem Malaysia sehingga membawa pada pengiktirafan anugerah pengarah, penerbitan, pelakon terbaik di persada festival antarabangsa dan peningkatan jumlah penerbitan. Sama ada penonton sedar atau tidak, filem seram adalah filem yang paling banyak menonjolkan unsur-unsur keagamaan dan kesemuanya menonjolkan kemenangan kepada kebaikan mengatasi kejahatan. Selain, membuka ruang kreatif seni reka dan teknologi baru VFX .

Datin Paduka Shuhaimi Baba atau mesra dengan panggilan Shumi, merupakan individu yang berjaya meraih anugerah menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam. Menurut pengarah ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ dan ‘Waris Jari Hantu’ ni, sebenarnya polemik yang mengatakan lambakan filem seram adalah tidak benar kerana pada tahun ini telah ditetapkan hanya ada 42 buah filem seram (yang sudah dan bakal ditayangkan).  Itupun 18 daripadanya adalah filem seram komedi dan seram drama, bukan seram yang 'hardcore'. Di Malaysia, filem seram merupakan 'trend' pasaran atau diistilah sebagai 'seasonal'. Dimana-mana negara pun genre seram ni sudah ada pengikut tersendiri. Di Malaysia, filem seram merupakan trend pasaran atau diistilah sebagai 'seasonal'. Jadi selagi ada penonton, selagi itu para penerbit akan terbitkan produk-produk seram ni. Seperti di Hollywood sekarang, pengkaryanya tak buat lagi filem seram sebaliknya filem seram romantik macam ‘Twilight’.

Sejak tahun 2004 sehingga kini, lambakan filem-filem jenis ini baik terbitan tempatan mahupun yang diimport meninggalkan kesan terutama di kalangan generasi muda yang nantinya akan membesar menjadi pewaris kepada bangsa dan negara ini. Kesan ini boleh diibaratkan sebagai 'kesan tsunami'Apakah perasaan anda apabila melihat generasi muda yang bakal memerintah nanti menggunakan 'ramalan' dan pak nujum, ilmu penunduk dan ilmu penggerun dalam mengurus negara sebagaimana kes, Mona Fandi? Umumnya filem-filem berkenaan penuh dengan paparan yang tidak mendidik khalayak untuk menjadi lebih insaf dan lebih baik. Filem-filem berkenaan lebih banyak mengajar dan memberi contoh kepada yang batil dan menjadikan khalayak 'takut' terutama kepada kanak-kanak dan mereka yang tidak mempunyai latarbelakang didikan agama yang mantap-kukuh.

Kesan filem kepada kanak-kanak telah lama dikenalpasti sama ada melalui kajian, penelitian, pengamalan dan pemerhatian sejak tahun-tahun 1950-an lagi sebagaimana teori pembelajaran melalui peniruan yang dikemukakan oleh Albert Bandura. Begitu juga teori penanaman (cultivation theory) oleh Gerbner (1986) yang mengatakan orang yang banyak terdedah dan menonton televisyen (tv) akan mengalami perasaan takut terhadap keganasan. Keadaan yang sama ini boleh diaplikasi kepada pendedahan filem-filem seram yang terlalu kerap akan menjadikan khalayak sentiasa 'takut'. Teori perulangan dan teori peniruan mungkin sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak dan mereka yang tidak mempunyai latarbelakang yang kukuh dalam didikan agama. Bagi mereka ini kemungkinan besar akan meniru dan melakukan apa yang ditonton sekiranya mereka berhadapan dengan situasi yang sama dalam kehidupan mereka. Pemikiran dan budaya perlakuan mereka akan sentiasa dilingkungi oleh perkara-perkara yang bersifat mistik dan tahyul.

Pendedahan terlalu awal kepada filem-filem seram yang penuh dengan unsur-unsur batil kepada kanak-kanak bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kognitif dan intelek mereka malah kepada aspek afeksi mereka. Mereka bukan sahaja menjadi takut ketika menonton kerana wujudnya situasi 'mediated film' dan akan terus menjadi takut selepas menonton apabila berhadapan dengan situasi yang sama. Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka.

Filem-filem seram yang keterlaluan adalah bahaya kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti adanya kuasa ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara, boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya terutama yang tidak mendapat didikan agama yang mantap. Berkenaan penggunaan jin, khurafat dan azimat ia jelas bertentangan dengan syariat Islam dan ada kaitan dengan akidah. Hal ini termaktub dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim, 2009).

Umat Muslim seharusnya merasa lega kerana dengan usaha alim ulama dan pihak-pihak tertentu, banyak perkara tahyul dan khurafat yang telah berakar umbi sekian lama dalam diri masyarakat Melayu-Islam di Malaysia dapat dibasmi. Antaranya upacara mandi safar, membuang ancak, mempercayai pelbagai keramat, mempercayai azimat dan kesaktian pada benda-benda tertentu, melenggang perut, menanam uri atau tembuni bersama objek-objek tertentu dan sebagainya.

Namun sayangnya kini, ada semacam satu usaha untuk menghidupkan kembali 'budaya perlakuan' ini melalui filem. Fahaman-fahaman animisme, tahyul dan khurafat yang selama ini cuba dibendung dan dikurangi sedikit demi sedikit mula ditonjol dan dipaparkan kembali. Filem telah memberi gambaran contoh kepada segolongan generasi muda terutama yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat untuk mencari sesuatu sebagaimana yang dipaparkan dalam filem.

Mereka yang tidak pernah mendengar dan faham tentang susuk (bukan botox) sudah mula bertanya dan mencari susuk. Ada yang sanggup meredah hutan untuk mencari tok-tok batin Orang Asli untuk menimba 'ilmu rokok pengasih' atau mencari 'minyak cenuai'. Malah ada pula yang cuba 'memburu' dan mencari jejak makhluk halus, jin dan hantu lalu dibuatkan program untuk tatapan di skrin. Macam tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah untuk kebaikan orang ramai.

Tidak dinafikan bahawa dalam beberapa filem seram terselit beberapa nilai murni, seperti kajian yang dibuat oleh Siti Zubaidah (2008) ke atas filem Jangan Pandang Belakang (JPB, 2007).
Filem dalam pendidikan atau menggunakan filem sebagai bahan untuk mendidik tidak menjadi satu kaedah atau budaya dalam sistem pendidikan negara. Begitu juga kaedah menonton filem-TV secara 'kaedah terpimpin atau terarah' agak jarang diamalkan dalam masyarakat. Maka akhirnya nilai-nilai pendidikan yang dipaparkan dalam filem seperti dalam JPB hanya tinggal di situ sahaja. Filem hanya menjadi media hiburan semata-mata.

Ilmuwan Islam Muhammad Qutb (dalam Zubaidah, 2008) pernah melahirkan kebimbangannya terhadap seni filem. Isi kandungannya kini banyak menyimpang jauh daripada suasana Islam. Seni yang baik adalah seni yang selaras dan yang mendukung syariat Islam.  Pihak Barat atau yang bukan Islam mempergunakan seni sebagai simbol ekspresi individu tanpa batasan; menghalalkan apa saja cara demi mencapai tujuan tanpa dikawal dengan nilai dan moral. Inilah antara perkara yang membezakan antara seni berlandaskan Islam dengan bukan Islam. Filem sebagai hasil seni telah digunakan untuk menyalurkan saranan dan kandungan yang menyeleweng jauh daripada suasana dan akidah Islam.

Seni pada hakikatnya adalah untuk membawa kepada kebaikan dan kebenaran. Bukan untuk membawa kepada kebatilan. Maka sebagai hasil seni filem seharusnya dapat memberikan kesan baik dan bukan sebaliknya. M. Ilham (2005) dalam penulisnya mengatakan bahawa filem adalah antara 'senjata' dalam strategi F yang digunakan oleh pihak Yahudi dan Barat dalam memesong dan merosakkan akidah umat Islam - food, fashion, feminine, fun and filem. Seni sebagai satu cabang ilmu sebagaimana ilmu-ilmu lain dapat digunakan untuk kebaikan dan untuk membinasakan. Perhatian perlu diberi kepada kesan-kesannya demi kebaikan bersama.

Published with Blogger-droid v1.7.4

ICT dan Pendidikan di Malaysia



Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar yang bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Perkara ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:

1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;

2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;

3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;

4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;

5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;

6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;

7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;

8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;

9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan

10.meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.



Kolokium Tingkatan 6

imageimageimageimage

Assalamualaikum semua.
Kolokium telah berlangsung pada 4/7-13/7/2011.
Sebanyak 28 kumpulan telah membentangkan penyelidikan masing-masing.
Sekalung penghargaan dan tahniah daripada guru penasihat : pn masmerah.pn suhaida,pn suhara,pn noraidah,pn rozita,pn sabariza.pn norazlin,en noraziz.en mohd noh dan en norazihan.
Jangan lupa, beberapa kumpulan akan dipilih untuk ke karnival daerah bulan sept nanti. Bersedia ye.
Semoga pengalaman anda dapat digunakan pada masa akan datang.amin.
Kepada pelajar sesi 2011-2012 semoga anda dapat buat yang terbaik.

Selamat Beramal

doa 2

Masalah Obesiti Kanak-kanak

Mutakhir ini, obesiti menjadi masalah utama dalam kalangan kanak-kanak di dunia. Menurut laporan National Center for Health Statistic pada 2002, kira-kira 15 peratus kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat mengalami obesiti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik yang banyak dihidapi penduduk di Asia. WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti. Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa. Semestinya golongan dewasa yang menghadapi masalah obesiti mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, masalah obesiti mereka kebanyakan dibiarkan oleh ibu bapa mereka. ___ Dr. Tam Cai Lian, pensyarah di Fakulti dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.