Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Selamat datang ke blog cikgu khusus untuk pelajar tingkatan enam. Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu anda dalam meneruskan perjuangan demi menuju ke mercu kejayaan. - Bahasaku, Bahasamu Jua -
Isnin, 3 Mac 2014
Jumaat, 27 Disember 2013
Isnin, 11 November 2013
ARTIKEL EKONOMI-Hampir RM20 bilion dihantar keluar oleh pekerja - Ahmad
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Sebanyak RM19.75 bilion dihantar keluar negara oleh pekerja asing melalui saluran kiriman wang yang sah pada 2012.
Ini merupakan peningkatan daripada RM15.68 bilion pada 2011, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2010 berjumlah RM13.4 bilion.
Beliau berkata lima negara penerima utama kiriman wang ini pada tahun lepas ialah Bangladesh, sebanyak RM3 bilion, diikuti Indonesia (RM2.95 bilion), Nepal (RM1.9 bilion), India (RM625.1 juta) dan Filipina (RM561.3 juta).
"Sejak 2009, jumlah kiriman wang keluar berganda daripada RM10 bilion kepada hampir RM20 bilion pada 2012, hasil daripada peningkatan dalam penawaran perkhidmatan pengiriman wang oleh pemberi perkhidmatan bukan bank yang sah," katanya ketika menjawab soalan Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang bertanyakan jumlah wang yang dihantar keluar negara setiap tahun oleh pekerja asing di Malaysia, sama ada secara sah atau tidak, dan ke negara mana wang itu dihantar keluar.
Mengenai kesan ke atas ekonomi akibat kehilangan modal ke negara lain, Ahmad berkata memandangkan situasi turun naik dalam pasaran kewangan global baru-baru ini, Malaysia mengalami aliran keluar modal secara sederhana, yang merupakan pembalikan sebahagian daripada aliran masuk sebelumnya.
"Namun, keadaan ini turut dialami oleh semua ekonomi pesat membangun, termasuk di negara serantau, dan bukan khusus pada Malaysia sahaja," katanya.
Setakat ini, aliran keluar modal dari pasaran kewangan domestik berlaku secara teratur dan tidak menjejaskan ekonomi.
"Aliran masuk dan aliran keluar modal secara dua hala yang berterusan ini akan menjadi ciri kekal dalam ekonomi Malaysia.
"Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa aliran modal tidak menyebabkan sebarang ketidakseimbangan yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan keadaan ekonomi dan kewangan negara," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Ahmad berkata peningkatan jumlah wang keluar antara 2010 dan 2011 disebabkan saluran pengiriman wang telah diperluas di seluruh negara.
"Dahulu ejen pengiriman wang ini hanya terhad, contohnya Western Union, Mercant Trade... namun telah diperluas... sekarang ini kita benarkan pengurup wang memberi perkhidmatan itu mulai 2011 apabila Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 diwujudkan.
"Daripada 498 pengurup wang yang kita berikan kebenaran, sebanyak 196 ejen (dilantik), dan sekarang 75 beroperasi, jadi lebih mudah bagi mereka menghantar wang," katanya. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131111/ek_03/Hampir-RM20-bilion-dihantar-keluar-oleh-pekerja---Ahmad#ixzz2kJucM7Yt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ahad, 27 Oktober 2013
Ahad, 6 Oktober 2013
Rabu, 11 Julai 2012
SENAMAN
Senaman Harian Yang Ringkas
Secara tak sedar aktiviti harian kita banyak membakar kalori untuk mendapatkan tenaga. Jadi ini peluang yang terbaik kita untuk menggunakannya sebaik-baiknya.
Bagi anda yang serius nak kuruskan badan, tambahkan lagi aktiviti harian anda.
Jika kita betul-betul melakukan aktiviti harian ini, tidak mustahil kita mampu mengurangkan 1kg seminggu. Maknanya dalam masa sebulan kita dapat turunkan berat badan kita sebanyak 3-4 kg! banyak tu… :)
Jadi, apa yang nak ditambah dalam aktiviti harian ni? Jom kita lihat…..dah bersedia?
Berjalan kaki
Jangan pandang rendah pada kuasa berjalan kaki. Jika anda nak tahu amalan jalan kaki dapat mencegah banyak penyakit. Antaranya adalah sakit jantung.
Sebab itu orang zaman dulu lebih sihat berbanding orang zaman sekarang sebab orang dulu banyak berjalan berbanding dengan kita yang moden ni banyak menggunakan kenderaan daripada berjalan kaki.
Jadi, banyakkanlah berjalan kaki.
Jika kita menggunakan kenderaan, parking kenderaan jauh sedikit daripada destinasi supaya kita dapat memperbanyakkan berjalan kaki ke tempat kita nak tuju.
Window shopping baik untuk kita sebab kita perlu banyak berjalan. Kaum wanita memang suka aktiviti ini :)
Ajak kawan atau keluarga berjalan-jalan di taman. Di samping membakar kalori kita dapat menghayati keindahan alam semulajadi daripada menonton TV di rumah :)
Banyakkan berjalan di ofis. Jangan duduk depan pc sahaja. Lakukan sedikit aktiviti berjalan ke sana ke mari. Selain membakar kalori, berjalan kaki dapat mencergaskan badan. So, kita tak kan rasa mengantuk dan lebih fokus buat kerja.
Fakta: 60 minit berjalan kaki dapat membakar 111 kalori
Pilih Menggunakan Tangga
Zaman sekarang ini orang suka sangat naik lif. Sanggup beratur dan menunggu lama semata-mata nak naik lif.
Memang tak salah menggunakan lif tapi apa salahnya sekali sekala menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Tak rugi pun :)
30 minit kita menaiki tangga dapat memakar 142.8 kalori. Lagi banyak tangga kita naik lagi banyak kalori dibakar dan lagi cepat kita kurus :)
Mengemas rumah
Masa hujung minggu atau cuti rajinkan diri buat kerja rumah. Jangan asyik menonton televisyen saja :)
Mengemas rumah banyak faedahnya. Selain rumah kita jadi bersih, kita dapat membakar banyak kalori dan lemak.
Banyak kerja yang kita dapat buat semasa mengemas rumah. Sapu sampah, mop lantai, berkebun, lap tingkap, basuh cadar tilam, cuci kereta dan banyak lagi. Kita boleh pilih kerja apa yang kita nak buat. Kalau kita nak buat semua sekali gus pun boleh juga…lagi bagus :)
Purata satu kerja mengemas rumah boleh membakar 50 kalori. Cuba kira jika kita dapat buat empat kerja…..200 kalori!!..banyak tak?
Tak lama masa mengemas rumah. Lebih kurang sejam saja. Lepas tu kita buat la aktiviti kegemaran kita. Tidur ke menonton TV ke :)
Buat aktiviti riadah – Outdoor activity
Apa kegemaran riadah anda?
Main bola, berlari, main ping pong, berenang, main badminton, bersilat, karate……
Semua aktiviti riadah banyak menggunakan tenaga. Jadi, badan akan membakar kalori dengan banyak untuk dapatkan tenaga. Bila kalori dah habis dibakar, badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.
Saya suka main badminton pada waktu petang. Jadi saya akan bercerita mengenai badminton.
Satu jam bermain badminton dapat membakar 298.2 kalori. Banyaknya!! :)
Lama tak satu jam ni?
Serius tak lama. Kadang-kadang saya terlajak sampai 2-3 jam main badminton. Terlampau seronok sangat sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas.
Betullah apa orang kata. Jika kita seronok sangat semasa buat sesuatu, kita tak kan sedar masa banyak berlalu begitu saja.
Ok, itu lah senarai aktiviti harian yang kita boleh jadikan sebagai senaman ringkas harian kita.
Tau tak kenapa orang boleh jadi gemuk?
Sebabnya adalah masa mereka banyak dihabiskan untuk menonton tv, tidur, makan dan melepak di kedai mamak :)
Jika hari-hari macam ni tak mustahil lah senang jadi gemuk dan susah nak kurus.
Mak saya cakap kalau tengok tv sampai esok tak kan habis. So, kurangkan tengok tv ya :)
Bagi mereka yang suka melepak sama ada di kedai kopi atau mamak, ubah lah aktiviti anda.
Daripada melepak di kedai mamak, lebih baik lepak di padang bola sambil main bola. Lagi seronok :)
Baca seterusnya, senaman kempiskan perut
atau
Baca dari mula cara-cara kuruskan badan
sumber : http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/
SENAMAN
Senaman Membakar Kalori
Kalori mesti dibakar jika kita mahu kuruskan badan. Tidak cukup jika kita mahu kurus dengan mengurangkan pengambilan makanan tanpa membakar kalori.
Bila kita kurangkan makan badan kita akan terasa lemah dan tak bertenaga. Malah bentuk badan kita tetap sama dan berat badan kita tidak berkurangan.
Hasilnya kita gagal kuruskan badan.
Banyak cara membakar kalori. Antara yang paling berkesan adalah senaman.
Jangan takut bila dengar perkataan senaman. Tidak semestinya perkataan senaman berkait dengan berlari satu jam sehari, kena pergi ke gym tiap-tiap hari dan macam-macam lagi.
Bertenang….tarik nafas dalam-dalam…buang fikiran negatif mengenai senaman di dalam fikiran kita :)
Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita telah banyak melakukan senaman.
Contohnya adalah berjalan, menaiki tangga, mengemas rumah dan macam-macam lagi.
Setiap pergerakkan kita akan membakar kalori untuk dapatkan tenaga.
Jadi, kenapa susah nak kurus?
Jawapannya adalah kita mengambil terlalu banyak kalori daripada menggunakannya. Hasilnya kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.
Cara yang terbaik untuk membakar kalori berlebihan ialah senaman.
Bila kita kurangkan makan badan kita akan terasa lemah dan tak bertenaga. Malah bentuk badan kita tetap sama dan berat badan kita tidak berkurangan.
Hasilnya kita gagal kuruskan badan.
Banyak cara membakar kalori. Antara yang paling berkesan adalah senaman.
Jangan takut bila dengar perkataan senaman. Tidak semestinya perkataan senaman berkait dengan berlari satu jam sehari, kena pergi ke gym tiap-tiap hari dan macam-macam lagi.
Bertenang….tarik nafas dalam-dalam…buang fikiran negatif mengenai senaman di dalam fikiran kita :)
Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita telah banyak melakukan senaman.
Contohnya adalah berjalan, menaiki tangga, mengemas rumah dan macam-macam lagi.
Setiap pergerakkan kita akan membakar kalori untuk dapatkan tenaga.
Jadi, kenapa susah nak kurus?
Jawapannya adalah kita mengambil terlalu banyak kalori daripada menggunakannya. Hasilnya kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.
Cara yang terbaik untuk membakar kalori berlebihan ialah senaman.
Jumaat, 1 Jun 2012
Khamis, 24 Mei 2012
Rabu, 23 Mei 2012
Sabtu, 19 Mei 2012
Jumaat, 18 Mei 2012
Khamis, 10 Mei 2012
Rabu, 2 Mei 2012
Semakan Tawaran Tingkatan 6, 2012 dan Sistem Pentaksiran Baharu STPM
SISTEM PEPERIKSAAN STPM SEDIA ADA
Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua
tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.
PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2012
Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir sistem peperiksaan STPM sedia ada yang akan menduduki peperiksaan pada bulan November hingga Disember pada tahun 2012. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012.
PUNCA KUASA
Pada 4 Januari 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah bersetuju meluluskan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM bagi menggantikan sistem peperiksaan STPM sedia ada untuk sesi pengambilan tahun 2012/2013. Keputusan ini merupakan punca kuasa untuk MPM melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bermula sesi persekolahan 2012 bagi tingkatan enam bawah.
SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM
Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini.Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak mengganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.
Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran di SMK Raja Muda Musa ialah
900 Pengajian Am
946 Pengajian Perniagaan
910 Bahasa Melayu atau 944 Ekonomi
940 Sejarah atau 942 Geografi
Bahasa Tamil : kelas dibuka tetapi bukan di bawah pakej yang ditawarkan oleh pihak sekolah.
Kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.
Aspek kemahiran insaniah (soft skills) diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain-lain.
Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu PBS dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja projek, kajian luar, dan kerja amali yang diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta, sekolah integriti, dan calon persendirian individu, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga menyediakan Manual Guru dan Manual Pelajar bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian PBS demi jaminan kualitinya.
PEPERIKSAAN
Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal. Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa
yang dilantik oleh MPM seperti amalan sekarang.
PENGGREDAN
Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem STPM sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.
MEMPERBAIKI KEPUTUSAN
Satu keistimewaan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung Penggal 3 (hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3, iaitu selepas keputusan Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.
KELEBIHAN
Melalui sistem ini, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil.
Pengenalan kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.
STANDARD DAN PENGIKTIRAFAN
Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM ini bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM bagi setiap kertas, dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini.
WAWASAN
Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia lebih berkualiti dan dapat menarik lebih banyak pelajar untuk mengikutinya, di samping dapat mentransformasikan pentaksiran dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik. Dengan pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti di peringkat sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang terdapat di IPT.
Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.
Maklumat lanjut mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh dilayari melalui portal MPM: http://www.mpm.edu.my
KADAR YURAN
(a) Yuran asas RM120.00
(b) Yuran setiap mata pelajaran RM90.00
(c) Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas RM50.00
Calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran ini. Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhir sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas
Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Isnin, 23 April 2012
Ahad, 22 April 2012
Senarai Rujukan STPM Baharu
2. Ahmad Khair Mohd Nor, 2008. Pengantar Sintaksis Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3. Amat Johari Moin,
1996. Perancangan Bahasa: Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Asmah Haji Omar,
2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
5. Asmah Hj Omar, 2007. Panduan Wacana Akademik: Teori
dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Nik Safiah Karim, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Noriah Mohamed, 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa
Melayu Lama. Penerbit USM, Pulau Pinang.
8. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Dinamika
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
9. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Tatabahasa
Asas. Kuala Lumpur. 10. Za’ba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Langgan:
Catatan (Atom)




