Jumaat, 6 April 2012

Apakah maksud 5R

5R merupakan satu singkatan yang harus dijadikan amalan untuk menjaga alam sekitar daripada kemusnahan, iaitu rethink, reuse, recyle, reduce, repair.

Rethink - bermaksud berfikir dua tiga kali sebelum menggunakan sesuatu, iaitu sama ada barangan tersebut boleh menyebabkan kemusnahan atau tidak kepada alam sekitar. Elakkan penggunaannya jika barangan itu boleh menjejaskan persekitaran.

Reuse - bermaksud menggunakan semula sesuatu yang tidak boleh dilupuskan, misalnya beg dan botol plastik.

Recylce- bermaksud mengitar semula barangan yang telah digunakan untuk dijadikan barangan yang lain yang dapat digunakan, misalnya surat khabar boleh dikitar semula menjadi tisu.

Reduse - bermaksud mengurangkan penggunaa barangan yang boleh menjejaskan alam sekitar supaya masalah pembuangannya dapat dikurangkan manakala sumbernya dapat dikekalkan, contohnya penggunaan kertas.

Repair- bermaksud membaiki sesuatu barangan yang telah rosak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Obesiti..tahukah anda.

-Obesiti atau kegemukan menjadi masalah yang bersifat universal.
-Diamggarkan seramai 300 juta orang mengalami obesiti, 115 juta daripadanya terdiri daripada penduduk di negara sedang membangun.
-Gaya hidup dan pemakanan dikenal pasti menjadi menjadi punca utama madalah obesiti.
- Penduduk yang paling ramai obes ialah penduduk di Kepulauan Pasifik kerana penduduknya menganggap bahawa obes ialah lambang kemewahan dan kekayaan.
-Kanak-kanak merupakan golongan penduduk yang memperlihatkan kadar peningkatan yang tinggi dalam masalah ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tahukah anda tentang "Kenderaan Hibrid"

- Kenderaan hibrid ialah kenderaan yang menggunakan dua sumber kuasa atau yenaga untuk menggerakkannya.
- Kenderaan ini menggunakan enjin petrol dan motor kuasa elektrik.
- Enjin petrol yang saiznya kecil digunakan semasa kereta mengecas sel kuasa, memecut dan membrek, manakala ketika kenderaan bergerak dalam keadaan biasa, kuasa elektrik digunakan.
- Kenderaan ini bersifat mesra alam atau mesra ekologi, dan sesuai dengan keadaan dunia yang kini semakin kekurangan bekala petrol dan keadaan harganya yang sentiasa meningkat.
- Kenderaan ini menawarkan pemanduan yang bersih dan mengurangkan pencemaran alam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sukan Malam

Sukan malam merupakan satu projek perintis yang dilancarkan oleh Kemeterian Belia dan Sukan, di Litar Go-kart Batu 3, Shah Alam, Selangor untuk tahun 2007.

Sukan ini merupakan Program Sukan Bermotor yang diadakan pada waktu malam, dan matlamat utamanya adalah untuk menangani masalah Mat Rempit.

Secara spesifiknya, pelaksanaan adalah untuk:
- menjadi platform aktiviti pilihan remaja untuk bersukan malam.
- menjadi ruang dan tempat untuk bersukan secara selamat dan sihat.
-menanamkan nilai-nilai yang baik, misalnya menyayangi diri sendiri, dan menjaga keselamatan diri dan orang lain.
- membentuk remaja yang mempunyai nilai moral dan personaliti yang tinggi demi membasmi masalah sosial dalam kalangan remaja.
- mengenalpasti sukan permotoran yang baharu.
-membantu negara mengurangkan gejala tidak sihat, terutamanya berlumba motosikal secara berbahaya di jalan raya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 30 Mac 2012

Minda Pengarang: Caruman PERKESO langkah positif lindungi individu bekerja sendiri

BERITA HARIAN ONLINE : 2012/03/29

BANCI Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini seramai 28.3 juta orang berbanding 23.3 juta pada 2000. Daripada jumlah itu, sebanyak 14.6 juta adalah lelaki, manakala 13.7 juta perempuan. Bilangan itu mungkin berubah pada tahun ini, namun daripada statistik itu menunjukkan bilangan wanita di negara ini tidak jauh berbeza dengan lelaki. Menurut Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, ketika ini hanya 46 peratus golongan wanita di negara ini yang berkerjaya, manakala bakinya sekadar menjadi tenaga kerja terpendam seperti menjadi suri rumah, pelajar dan warga emas. Namun begitu, ada dalam kalangan suri rumah ini yang menjadi usahawan kecil-kecilan, terbabit dalam perniagaan jualan langsung atau dalam talian, sekali gus memiliki pendapatan sendiri untuk menampung kehidupan seharian sama ada untuk diri sendiri atau keluarga. Bagaimanapun, mereka yang bekerja sendiri ini memang diketahui tidak menerima tanggungan insurans atau keselamatan yang sewajarnya seperti orang yang bekerja makan gaji kerana tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi yang makan gaji, caruman KWSP setiap bulan adalah untuk simpanan hari tua bagi menjamin masa depan lebih baik selepas bersara. Potongan PERKESO pula adalah jaminan insurans untuk diri dan waris jika berlaku kemalangan kepada diri mereka sama ada ketika di tempat kerja atau dalam perjalanan pergi dan pulang tempat kerja. Justeru, cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk membolehkan suri rumah dan mereka yang bekerja sendiri membuat caruman PERKESO adalah satu langkah yang positif. Walaupun modul dan mekanisme caruman itu belum diperincikan, sekurang-kurangnya cadangan itu dapat menggalakkan rakyat, terutama yang bekerja sendiri memikirkan satu bentuk perlindungan kewangan untuk diri mereka sendiri jika berlaku perkara luar jangka atau musibah yang menimpa mereka. Isu yang mungkin timbul susulan daripada cadangan ini ialah adakah golongan ini rela membuat caruman PERKESO kerana ia membabitkan pendapatan mereka. Mungkin isu seperti ini yang perlu diambil kira pihak kementerian kerana pada prinsipnya, kita tidak mahu cadangan ini dianggap sebagai paksaan kepada rakyat untuk menyerahkan sebahagian pendapatan mereka kepada kerajaan kerana pada masa sama, ramai rakyat yang bekerja sendiri mengelak daripada membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

iklaniklan
iklan


Khamis, 29 Mac 2012

Senarai Akta


SENARAI AKTA

Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969;

Perlembagaan Persekutuan;

Akta Imigresen 1959/63;

Akta Pasport 1966;

Akta Pendaftaran Negara 1959 (Disemak 1972);

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957;

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;

Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976;

Akta Pertubuhan 1966;

Akta Penapisan Filem 2002;

Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966;

Akta Pengangkatan 1952;

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;

Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985;

Akta Kediaman Terhad 1933;

Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;

Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;

Akta Pencegahan Jenayah 1959;

Akta Dadah Berbahaya 1952;

Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1985;

Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969;

Akta Hasutan 1948;

Akta Senjata 1960;

Akta Rahsia Rasmi 1972;

Kanun Keseksaan;

Akta Keadilan Jenayah 1953;

Akta Ekstradisi 1992;

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001;

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;

Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986;

Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971;

Akta Bahan Letupan 1957;

Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958;

Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959;

Akta Peniaga Barang Terpakai 1946;

Ordinan Ketenteraman Awam 1962 (Sarawak);

Ordinan Ketenteraman Awam 1961 (Sabah);

Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958;

Akta Buang Negeri 1959;

Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953;

Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947;

Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954;

Akta Ejensi Persendirian 1971;

Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002; dan

Akta AntiPemerdagangan Orang 2007.
Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 - Akta 9

Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia (MARDI) 1969 - Akta 11

Akta Persatuan Nelayan 1971 - Akta 44

Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971 - Akta 49

Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 1972 - Akta 69

Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 1972 - Akta 70

Akta Pertubuhan Peladang 1973 - Akta 109

Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 - Akta 110

Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 - Akta 141

Akta Doktor Veterinar 1974 - Akta 147

Akta Racun Makhluk Perosak 1974 - Akta 149

Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 - Akta 167

Akta Perikanan 1985 - Akta 317

Akta Perindustrian Nanas 1957 - Akta 427

Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 - Akta 507

Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 - Akta 522

Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 - Akta 634

Akta Binatang 1953 - Akta 647

Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 - Akta 684