Jumaat, 6 April 2012

Sukan Malam

Sukan malam merupakan satu projek perintis yang dilancarkan oleh Kemeterian Belia dan Sukan, di Litar Go-kart Batu 3, Shah Alam, Selangor untuk tahun 2007.

Sukan ini merupakan Program Sukan Bermotor yang diadakan pada waktu malam, dan matlamat utamanya adalah untuk menangani masalah Mat Rempit.

Secara spesifiknya, pelaksanaan adalah untuk:
- menjadi platform aktiviti pilihan remaja untuk bersukan malam.
- menjadi ruang dan tempat untuk bersukan secara selamat dan sihat.
-menanamkan nilai-nilai yang baik, misalnya menyayangi diri sendiri, dan menjaga keselamatan diri dan orang lain.
- membentuk remaja yang mempunyai nilai moral dan personaliti yang tinggi demi membasmi masalah sosial dalam kalangan remaja.
- mengenalpasti sukan permotoran yang baharu.
-membantu negara mengurangkan gejala tidak sihat, terutamanya berlumba motosikal secara berbahaya di jalan raya.
Published with Blogger-droid v1.7.4